MAAF

MAAF


Maaf.. Aku bukan Ustaz, Yang hebat beri ceramah sekali lafaz. Aku bukan Pakar Motivasi, Yang boleh buat self-esteem kau terus berahi. Aku bukan Idola, Yang layak kau angkat sehebat pemain Ola Bola. Aku bukan Tokoh, Yang boleh kau dengar bicara sambil bertimpuh. Aku bukan Guru, Yang mampu beri jawapan acap kali kepala kau sengaja digaru. Aku bukan Ramlee, Yang mampu hiburkan hati sambil kau hirup meggie mee. Aku hanyalah anak seni, Yang mahu berkarya dan berkongsi, rasa dari dalam yang terceruk di lubuk hati. Di saat bibir ku diam dari bicara, Dia ligat berkata-kata. Apa yang aku tuliskan, Belum pasti lagi aku lakukan. Apa yang aku lisankan, Belum tentu kau boleh angkat buat pegangan. Aku juga Insan, Sebelum dipacakkan nisan. Ibarat irama dan lagu yang didendangkan, Kesilapan itu tiada kudrat diri aku pisahkan. Apa yang aku kata, Tidak perlu kau mengerti baca sahaja. Usah memaksa diri untuk memahami, Kerana faham itu Dia yang beri. Hakikatnya; Ia adalah lintasan rasa dari dalam, Kata-kata yang datang dan aku hadam. Lalu aku lontarkannya untuk kau baham, Aku terjemahkan semuanya di dalam kalam. Waktu itu, Saat itu, Dan Tika itu. Sebelum tiba masa. Kisah hidupku dipadam. Mataku terpejam, Diri ku diam. Tinggal cuma secebis ilham, Ucapan salam. Selamat tinggal dunia, Selamat tinggal semua. Aku mahu pulang.
MONOLOGZ.COM [berdialog dengan hati]
Pecah kaca pecah gelas, Lepas baca tak perlu kau balas. Hadiah Al-Fatihah yang kau lafas, Anugerah terhebat dari hati yang ikhlas.
10.13 pm Sat, Mar 05 2016. Blindgraphique.com Studio. #Monolog #MOnologz #MonologZafiq #BerdialogDenganHati #BlindgraphiqueStudio #ZafiqZainalAbidin #Maaf