DI SINI
Di sini ;
Rambutnya,
Ikal mayang.
Kulitnya,
Sawo matang.
Matanya,
Redup.
Tubuhnya,
Kecil dan tegap.
Sedang di luar sana;
Masyurnya Cinta,
Hebatnya Kasih.
Di sini,
Letaknya "Ihsan".
Di sini ;
Isinya emas.
Tanahnya tinggi.
Lantainya tropika.
Garisnya,
Khatulistiwa.
Titik letaknya,
Wasotiah.
Tempat sirnanya,
Bulan dan bintang.
Kerana "Ihsan" itu,
Ada di sini.
Kerana ihsan juga;
Daulat negerinya,
Adanya Raja.
Doanya Nabi Nuh,
Kepada Yafeits.
Negerinya Lemuria,
Bukan Atlantis.
Dari Jawi,
Hingga ke Jawa.
Empat kutub,
Sentiasa jaga.
Adanya di sini,
Itulah ihsan.
Tetapi ;
Jangan hingga,
Bongkaknya diri.
Enam punca indera,
Dipelihara dan dijaga.
Salah satunya silap,
Mengundang bencana.
Itulah bencana,
Akhir zaman.
#MONOLOG [BerdialogDenganHati]
12.12 am
Tue, 02 Oct 2018
KSL Resort Johor Bahru
#DiSini
#MONOLOGz
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
#PrayForPaluSulawesi
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Misteri Dalam banyak-banyak perkara MISTERI, Apakah di antara perkara yang lebih misteri dari yang misteri? PERTANYAAN. Kenapa PERTA...



