JIKA
Jika hari ini kita mulia,
Kerana banyaknya ibadat.
Jangan esok kita hina,
Kerana riaknya amal.
Jika hari ini kita hina,
Kerana jahilnya diri.
Mungkin esok mulianya kita,
Kerana taubat yang diterima Nya.
Jangan pernah merasa diri mulia,
Kerana Iblis juga pernah mulia.
Jangan pernah berputus harap,
Dia maha pengasih penyayang.
Jangan mudah menghukum,
Biarlah didikan dan doa
Dengan penuh hikmah
Serta kasih sayang
Yang ikhlas.
Barulah insan,
Sebelum dipacak nisan.
Kerana
Ehsan.
#MONOLOG [berdialog dengan hati]
07.06 am
Fri, 27 April 2018
Shah Alam, SELANGOR
#Jika
#MONOLOGz
#BerdialogDenganHati