MISTERI

Misteri


Dalam banyak-banyak perkara MISTERI,
Apakah di antara perkara yang lebih misteri dari yang misteri?

PERTANYAAN.

Kenapa PERTANYAAN itu misteri?
Kerana pertanyaan itu misterinya ada di mana-mana.

Jika dikatakan alam ghaib itu misteri,
Kenapa alam ghaib itu misteri?

Mungkin kerana tiada terlihat dengan mata kasar,
Kenapa yang tiada terlihat dgn mata kasar itu misteri?

Sebab dia dari alam lain,
Kenapa alam lain itu misteri?

Kerana di luar takluk kemampuan logik akal,
Kenapa di luar kemampuan logik akal tu misteri?

Kerana ia di luar pengetahuan makhluk,
Kenapa jika ia di luar pengetahuan makhluk itu misteri?

Kerana hanya Dia yang tahu,
Kenapa hanya Dia yang tahu itu misteri?

Barangkali,

Kerana selagi ada pertanyaan,
Selagi itu ia kekal misteri.

Sehinggalah ketemu jawapan Nya.
Maka lenyaplah segala yang bersifat misteri itu.

Kerana,

Makhluk itu sifatnya ingin TAHU,
Sedangkan Dia maha TAHU.

Maka terbentanglah kalam Nya,
Untuk memberi TAHU.

Dan,

Di keTAHUi.

Sekadar puisi dusta,
Dusta yang barangkali cuma.


#MONOLOG [berdialog dengan hati]


12.10 pm
Sab, 10 September 2016
Highway Elite ke Kluang, JOHOR.



No comments:

Post a Comment