ILMU BERGURU

Ilmu Berguru.


Ilmu Allah, 
ilmu berguru.

Lalu silap itu 
guru sejati.

Kerana ayat-Nya 
sirat tersingkap,

Setiap kalam 
perlu dihadam,

Andai kata 
tersalah tafsir,

Pincanglah agama, 
duniya dan akhirat.

Bergurulah hingga 
ke tanah Cina.

Walau makin berilmu,
Semakin tiada menahu.


#MONOLOG [Berdialog Dengan Hati]


10.22 am
Thu, 26 Julai 2018
GMKR, Shah Alam


#MONOLOGz
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
#IlmuBerguru

ALAM SANGKA

Alam Sangka.


Hidup di dunia ini penuh persoalan,
Kerana dunia itu alam sangkaan.

Kita rasa diri sudah cukup mengerti,
Dia jualah yang maha mengetahui.

Ilmu di dada kita,
Tidak pernah mengatasi ilmu Nya.

Mustahil bagi diri,
Amat mudah bagi Nya.

Bersangka baik sesama makhluk,
Bersangka baik dengan pencipta Nya.

Dengan berburuk sangka,
Hati membusuk bagai nangka.

Selama hayat,
Bersangka-sangka.

Husnuzan,
Itu yang terbaik.

Kerana ;

Tiada seorang pun terlepas,
Dari alam dunia sangkaan.

Sehingga sangka kala ditiupkan,
Yang tinggal cuma ;

Jawapan.


#MONOLOG [Berdialog Dengan Hati]


7.25 am
Sabtu, 23 Sept 2017
Tanah Rata, Cameron


#Sangka
#SamsungJ5
#MONOLOGzafiq
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati