TAKUT


Takut.


Kita diberikan RASA,
menyatakan wujudnya Dia.

Tiada tuhan,
Melainkan TUAN.

Namun ;

Ada,
Ketikanya.

Dengan ilmu,
Diri keliru.

Kekeliruan,
Jadi ketakutan.

Ketakutan,
Cipta kekalutan.

Kerana ;

Fitrah makhluk itu,
Takut dengan apa yang
tidak mereka tahu.

Dengan perbezaan,
Tersingkap kebencian.

Dengan persamaan,
Tercipta persefahaman.

Maka ;

Jangan cuba,
Tawan ketakutan.

Kerana ia,
Mengundang kekalutan.

Gantikan ia kepada,
Kasih dan sayang.

Dengan kasih sayang,
Terhapuslah kebencian.

Itulah fitrah diri,
Setiap insani.

Unsur lahut,
Di alam malakut.

Tiada gusar,
Tiada gentar.

Jadilah insan,
Lahirlah Ihsan.

Di alam syahadah,
Kita berserah.

Keredhaan dari Nya,
Ikhtiar bersama.

Carilah persamaan,
Tidak perbezaan.

Di situ bakal nyata,
Kasih dan sayang Nya.


#MONOLOG [Berdialog Dengan Hati]


09.47 am
Thu, 17 May 2018
Shah Alam, SELANGOR


#Takut
#Monologz
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati

NAFSU


NAFSU


Yang dibunuh itu nafsu,
Yang membunuh itu nafsu.

Yang dilihat sama,
Tiada sama rupanya.

Adilnya Dia,
Bukan sama rata.

Kerana perbezaan,
Kita hidup bersama.

Tiada wujud warisan,
Tanpa lelaki dan wanita.

Dengan raikan perbezaan,
Yang zahir itu persefahaman.

Sampaikan kasih sayang Nya,
Jangan dibatinkan kebencian.


#MONOLOG [berdialog dengan hati]


12.56 am
Sat, 12 May 2018
Shah Alam, SELANGOR


#NAFSU
#MONOLOGz
#BerdialogDenganHati

#Alhamdulillah
#NegarakuAman
#RamadhanTiba
#4HariLagi



FITRAH

FITRAH


Fitrah manusia itu,
Takut dengan apa yang
tidak mereka ketahui.

Lalu ;

Cara hidup sejahtera didik kita,
Untuk berlapang dada.

Peganglah pada tali Nya,
Yakin Dia maha segala.

Perancangan Nya,
Terbaik buat kita.

Kerana ;

Kita tahu,
Dia maha mengetahui.

Hidup di alam sangka,
Hanyalah bersangka-sangka.

Maka ;

Berbahagialah pada mereka,
Pemilik jiwa yang tenang.

Semoga yang sukar,
Menjadi senang.

Dia maha adil,
Haq, batil.


#MONOLOG [berdialog dengan hati]


12.15 pm
Thu, 10 May 2018
Shah Alam, SELANGOR.


#PRU14
#MalaysiaMemilih
#BerdialogDenganHati
#FitrahManusia

#AlFatihah
#ArwahAyah
#ZainalAbidin


UNDI

UNDI


Jika semua orang
mengundi mengikut
ketrampilan calon
bukan parti,
Insyaa Allah kita akan
dapat barisan pemimpin
yang berkualiti.

Kerana dalam setandan
pisang tidak semuanya
busuk dan cantik.


#MONOLOG [berdialog dengan hati]


08.56 pm
Sat, 05 May 2018

#PRU14
#BahangPilihanRaya



UJI




UJI


Ada yang diuji,
Dengan solat.

Ada yang diuji,
Dengan aurat.

Ada yang diuji,
Dengan maksiat.

Ada yang diuji,
Dengan harta.

Ada yang diuji,
Dengan cahaya mata.

Ada yang diuji diri,
Dengan sifat tuhannya.

Mungkin solat itu mudah bagi kita,
Tetapi mujahadah bagi dia.

Mungkin menutup aurat itu mudah bagi kita,
Tetapi suatu perjuangan bagi dia.

Mungkin menjauhi maksiat itu mudah bagi kita,
Tetapi sebuah jihad bagi dia.

Mungkin mengumpul harta di dunia itu mudah bagi kita,
Tetapi kefakiran itu mendekatkan dirinya dengan Dia.

Mungkin mendapat cahaya mata itu mudah bagi kita,
Tetapi gagal menanggung amanah itu ujian Nya.

Mungkin melakukan ibadat itu mudah bagi kita,
Tetapi rasa ujub melingkari sempadannya.

Apa jua ujian yang kita terima,
Bukanlah tiket menghukum mereka yang lain.

Biarlah taubat kerana hina,
Bukan sombong kerana mulia.

Maha adilnya Dia,
Bukanlah sama rata.

Perjalanan kita,
Tiada sama.

Kerana Dia,
Maha kaya.


#MONOLOG [berdialog dengan hati]


07.07 am
Sat, 05 May 2018
Shah Alam, SELANGOR.

#uji
#MONOLOGz
#BerdialogDenganHati
#ZafiqZainalAbidin