TARIAN


Tarian.


Walau canggung tarinya,
Walaupun tempang tarinya.
Tariannya tetap terus menari,
Menarinya tarian dengan sendiri.

Tiada siapa boleh henti,
Selagi kalamNya alun melodi.
Jika Dia sendiri yang mahu henti,
Maka mereputlah lalu diam dan mati.

Alam kembali sepi.

Sampai tika dihidupkan kembali,
Kembalinya bersilih ganti.
Alam bangkit kembali,
Menyatakan tariNya tiada henti.


#MONOLOG [berdialog dengan hati]


7.27 am
Kha, 23 Julai 2015.
Highway KESAS.

#Tarian
#Monologz
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati




CERMINAN

Cerminan.


Ada suatu tika,
Manusia di sekeliling cerminan diri kita.

Ada suatu masa,
Alam sekeliling cerminan diri Nya.

Sampai suatu detik,
Diri ini cerminan ke dalam diri.

Sehingga;

Sampai satu ketika,
Dia datang menyapa.

Diam segalanya.

Lalu;

Segala cerminan,
Kembali pada Nya.

Wallahu alam bissawaf.


#MONOLOG [berdialog dengan hati]


Sebelum hukum itu,
Terlihat pada yang lain.

Hukumlah diri mu.

3.23 am
Rab, 15 Jul 2015.
Indah Residence, Shah Alam


#Cerminan
#Monologz
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati