UJI
Ada yang diuji,
Dengan solat.
Ada yang diuji,
Dengan aurat.
Ada yang diuji,
Dengan maksiat.
Ada yang diuji,
Dengan harta.
Ada yang diuji,
Dengan cahaya mata.
Ada yang diuji diri,
Dengan sifat tuhannya.
Mungkin solat itu mudah bagi kita,
Tetapi mujahadah bagi dia.
Mungkin menutup aurat itu mudah bagi kita,
Tetapi suatu perjuangan bagi dia.
Mungkin menjauhi maksiat itu mudah bagi kita,
Tetapi sebuah jihad bagi dia.
Mungkin mengumpul harta di dunia itu mudah bagi kita,
Tetapi kefakiran itu mendekatkan dirinya dengan Dia.
Mungkin mendapat cahaya mata itu mudah bagi kita,
Tetapi gagal menanggung amanah itu ujian Nya.
Mungkin melakukan ibadat itu mudah bagi kita,
Tetapi rasa ujub melingkari sempadannya.
Apa jua ujian yang kita terima,
Bukanlah tiket menghukum mereka yang lain.
Biarlah taubat kerana hina,
Bukan sombong kerana mulia.
Maha adilnya Dia,
Bukanlah sama rata.
Perjalanan kita,
Tiada sama.
Kerana Dia,
Maha kaya.
#MONOLOG [berdialog dengan hati]
07.07 am
Sat, 05 May 2018
Shah Alam, SELANGOR.
#uji
#MONOLOGz
#BerdialogDenganHati
#ZafiqZainalAbidin

No comments:
Post a Comment