TRIVIA 25 HERO
“NUH”
(sekitar
3993-3043 SM)
Maksud
dalam bahasa Syria
NUH
adalah “bersyukur” atau “selalu berterima kasih”.
Bagi
orang Yahudi Nuh berasal dari perkataan Ibrani Noah
Bermaksud
“hinggap”, “mententeramkan”, “Berhenti” atau “Rehat”.
Nuh
mendapat gelaran dari Allah dengan sebutan Nabi Allah dan
Abdussyakur
yang bermaksud “Hamba (Allah) yang bersyukur”.
Ziusudra
adalah nama Nabi Nuh di dalam kisah Sumeria.
1.
SIAPA NABI NUH?
Nabi Nuh a.s. nabi ketiga sesudah Adam dan Idris.
Ayahnya bernama Lamik Bin Metualih (Matta Syalih) Bin Idris.
Keturunan kesembilan dari Nabi Adam.
Di utus untuk kaum Bani Rasib.
Rasul pertama yang diutus ke atas bumi.
Utusan pertama yang diutus untuk umat manusia.
Jarak di antara Nabi Adam dan Nabi Nuh adalah 10 generasi.
Lahir pada 126 tahun sepeninggal Nabi Adam.
Usia Nabi Nuh adalah 950 tahun.
2.
KITAB APA YANG MENCERITAKAN KISAH NABI NUH?
Taurat, Alkitab Injil dan Al Quran
3.
SIAPAKAH NAMA SEBENAR NABI NUH?
Nama asalnya adalah Abdul Ghaffar atau Yasyukur.
Abdul Ghafar bermaksud “Hamba dari Yang Maha Pengampun”.
4.
APAKAH KISAH DISEBALIK NAMA NUH?
Dinamakan dengan panggilan ‘Nuh’ yang bermaksud ‘menangis’
Suatu hari Nabi Nuh melihat seekor anjing yang mempunyai empat mata.
Nabi Nuh berkata “Anjing ini sangat buruk dan menjijikkan.”
Kemudian, anjing tersebut Berkata pada Nabi Nuh,
“Wahai Abdul Ghaffar, engkau menghuna ciptaan atau yang mencipta?
Jika hinaan itu kau tujukan kepada ciptaan, maka jelas memang demikian adanya.
Namun, jika hal itu ditujukan padaku, maka aku enggan memilih menjadi
anjing.
Jika hinaan tadi ditujukan kepada pencipta, maka hinaan itu tidak layak,
Kerana Dia Maha Berkehendak atas apa-apa yang dikehendakiNya.”
Maka Nabi Nuh tidak berhenti menangis kerana kesalahannya itu.
Panggilan Nuh diberikan kerana sering menangis.
5.
SIAPAKAH NAMA ISTERI NABI NUH?
Isteri Nabi Nuh bernama Wafilah.
Beberapa sumber pula mengatakan nama isterinya
Namaha binti Tzila atau Amzurah binti Barakil.
Tradisi yahudi menulis nama isterinya Naama atau Naamah.
6.
SIAPAKAH NAMA 4 ORANG ANAK NABI NUH?
Syam (Sam), Khan (Ham), Yafits dan Kan’an.
Kesemua anaknya adalah lelaki.
7.
APAKAH PEKERJAAN NABI NUH?
Pembuat Bahtera, Petani dan Pembuat Kebun Anggur Pertama.
8.
BERAPA LAMAKAH NABI NUH BERDAKWAH?
Diutus pada kaumnya ketika berumur 480 tahun.
Nabi Nuh diangkat sebagai Nabi pada usia 500 tahun.
Masa kenabiannya selama 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad.
Mengharungi banjir besar ketika ia berumur 600 tahun.
Setelah banjir ia hidup selama 350 tahun.
9.
APAKAH NAMA-NAMA BERHALA YANG DISEMBAH OLEH UMAT NABI NUH?
Wadd, Suwaa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr.
10.
BERAPAKAH JUMLAH MANUSIA DI ZAMAN NABI NUH?
Jumlahnya menyamai jumlah manusia pada tahun 1994.
11.
APAKAH UJIAN YANG DIHADAPI OLEH NABI NUH?
Hanya sedikit orang yang mahu beriman pada Allah bersama Nabi Nuh.
Kaumnya menyembah patung berhala termasuk isteri dan anaknya Kan’an.
Kaum yang pertama menyembah patung berhala.
Pengikutnya hanya 70 hingga 80
orang.
Dikhianati isterinya walaupun Nabi Nuh hamba yang soleh.
Dicemuh oleh kaum dan Isterinya kerana membina bahtera di tengah kota.
Isteri, anaknya Kan’an dan kaumnya tidak mempercayai kata-katanya.
Kaumnya berhadapan dengan bencana banjir besar.
Isteri, anaknya Kan’an dan kaumnya enggan menyertai bahteranya.
Isteri, anaknya Kan’an dan kaumnya mati di dalam bencana banjir besar.
12.
BERAPA LAMAKAH BANJIR BESAR ITU BERLAKU?
Banjir besar menimpa kaum Nabi
Nuh berlaku selama 150 hari.
Selama 150 hari mereka berada
di dalam bahtera Nabi Nuh.
13.
BERAPA RAMAI MENGIKUTI BAHTERA NABI NUH?
80 orang lelaki bersama ahli
kerluarga mereka.
Beberapa pasang haiwan jantan
dan betina yang tidak mandul.
14.
BERAPA BESAR UKURAN BAHTERA NABI NUH?
Lebar bahtera itu 600 Hasta.
Panjang bahtera itu 1200 hasta.
Mempunyai 3 dek atau empat
tingkat.
15.
APA YANG ADA DISETIAP TINGKAT BAHTERA NABI NUH?
Tingkat pertama dipenuhi haiwan
liar.
Tingkat kedua untuk Nabi Nuh
dan kaum nya.
Tingkat ketiga untuk
burung-burung dan ungas-ungas.
16.
APAKAH YANG BERLAKU SELEPAS BANJIR BESAR?
Selepas 150 hari di lautan,
bahtera itu berhenti di sebuah bukit.
Bukit tersebut bernama bukit
Al-Jaudiy.
Nabi Nuh dan pengikutnya
menetap di situ selama sebulan
sementara menunggu air surut.
17.
ADAKAH BANJIR BESAR KETIKA ZAMAN NABI NUH MENENGGELAMKAN SELURUH BUMI?
Ya.
Ketika banjir besar telah
menenggelamkan keseluruhan bumi.
Hanya manusia dan haiwan yang
berada di dalam bahtera Nabi Nuh a.s. terselamat.
18.
SIAPA SUWA’, YAGHUTS, WADD, YA’UD DAN NASR?
Sebelum lahirnya Nabi Nuh
terdapat 5 orang yang soleh.
Mereka telah hidup beberapa
zaman lalu meninggal.
5 orang soleh tersebut adalah
Suwa’ Yaghuts, Wadd, Ya’ud dan Nasr.
Sesudah meninggalnya 5 orang
soleh ini, lalu dibina patung mereka.
Apabila orang yang membina
patung ini meninggal, kemudian datanglah anak-anak mereka, lalu anak-anak itu
meninggal datanglah cucu cucunya, kemudian timbulnya berbagai dongeng dan
andaian yang membelengu akal di mana patung tersebut mempunyai kekuatan khusus.
Akhirnya dengan hasutan Iblis
kelima-lima patung itu dijadikan berhala untuk disembah dan dipuja turun
menurun sehinggalah diutusnya Nabi Nuh a.s.
19.
BERAPA KALI NAMA NABI NUH DISEBUT DI DALAM AL QURAN?
Allah sebut nama Nabi Nuh
sebanyak 43 kali di dalam Al Quran.
20.
APAKAH DOA NABI NUH TERHADAP BURUNG GAGAK?
Nabi Nuh mendoakan burung gagak
akan terus dibenci manusia.
Kerana ketika banjir Nabi Nuh
mengutus burung gagak periksa keadaan muka bumi,
tetapi burung gagak terlupa
akan amanah yang telah diberi olehnya.
21.
APAKAH DOA NABI NUH TERHADAP BURUNG MERPATI?
Nabi Nuh mendoakan burung
merpati akan disenangi oleh manusia.
Kerana ketika banjir Nabi Nuh
mengutus burung memerpati periksa keadaan bumi,
burung merpati bawa pulang di
paruhnya pohon Zaiton dan di kakinya pohon Tinn.
22.
APAKAH DOA NABI NUH TERHADAP KETURUNAN ANAKNYA SYAM (SAM)?
Nabi Nuh mendoakan keturunan Syam
(Sam) menjadi nabi-nabi dan rasul.
Keturunan Syam (Sam) menurunkan
bangsa kulit putih.
23.
APAKAH DOA NABI NUH TERHADAP KETURUNAN ANAKNYA YAFITS?
Nabi Nuh mendoakan keturunan Yafits
menjadi raja-raja.
Keturunan Yafits menurunkan bangsa kulit merah, kuning dan
coklat.
24.
APAKAH DOA NABI NUH TERHADAP KETURUNAN ANAKNYA KHAN (HAM)?
Nabi Nuh mendoakan keturunan Khan
(Ham) menjadi abdi kepada Sam dan Yafits.
Keturunan Khan (Ham) menurunkan
bangsa kulit hitam
25.
APAKAH YANG BERLAKU SELEPAS BANJIR BESAR?
Permulaan semula kehidupan
manusia selepas Nabi Adam melalui tiga keturunn daripada anaknya.
Syam (Sam), Khan (Ham) dan
Yafits.
26.
APAKAH PERKARA YANG PALING NABI NUH MALU?
Nabi Nuh berasa sangat malu
dengan Allah kerana pengikutnya hanya 83 orang,
Walaupun telah berdakwah selama
beratus tahun.
27.
APAKAH PERKARA YANG PALING NABI NUH KESAL?
Nabi Nuh berasa sangat kesal kerana
mendoakan hari pembalasan dari Allah
terhadap kaumnya yang ingkar
dan menyembah berhala.
28.
BENARKAH NABI NUH A.S. SALAH SEORANG RASUL YANG BERGELAR ULUL-AZMI?
Ya.
Dalam kalangan Rasul ada yang
mendapat gelaran Ulul-Azmi.
Gelaran itu diberikan kerana
telah melalui ujian yang memerlukan tahap kesabaran paling tinggi dalam
menyebarkan Islam kepada kaum mereka.
Ada 5 orang Rasul yang
diletakkan di dalam golongan Ulul-Azmi.
Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s, Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan
Nabi Muhammad s.a.w.
29.
APAKAH PENGAJARAN YANG KITA DAPAT BERLAJAR DAIPADA KISAH NABI NUH A.S.?
Kita sebagai manusia perlulah
menerima hakikat bahawa yang akal kita terbatas.
Sedang Allah itu pula maha
mengetahui serta meliputi segalanya dan tiada terbatas.
Sebagai umat akhir zaman perlu
mantapkan tauhid dan akhlak kita agar sentiasa beriman kepada pencipta kita
Allah S.W.T.
Mintalah bantuan dan
pertolongan hanya dari Allah bukan makhluk.
Sentiasa mendoakan perkara yang
baik-baik sesama makhluk,
kerana kita tidak tahu ketika
bila Allah terima doa kita.
Bila bersangka buruk dengan sesama
makhluk,
Bererti kita telah bersangka
buruk dengan penciptanya.
Sentiasa bersangka baik sesama makhluk,
Kerana setiap makhluk adalah
ciptaan Allah S.W.T.
Allah maha kuasa sedang makhluk
tiada kuasa.
Jangan pernah mensyirikkan
Allah walau sebesar zarah.
Mustahil bagi manusia amat
mudah bagi Allah.
Berlajarlah daripada mengaji
sejarah.
Allah jualah yang maha
mengetahui.
Di susun semula oleh :
Zafiq Bin Zainal Abidin
#MONOLOGz
#BerdialogDegnanHati
https://id.wikipedia.org/wiki/Nuh
https://wwwaj601.blogspot.com/2017/01/kaum-yang-dibinasa-kisah-nabi-nuh-as.html
No comments:
Post a Comment