DI SINI


Di sini ;

Rambutnya,
Ikal mayang.

Kulitnya,
Sawo matang.

Matanya,
Redup.

Tubuhnya,
Kecil dan tegap.

Sedang di luar sana;

Masyurnya Cinta,
Hebatnya Kasih.

Di sini,
Letaknya "Ihsan".

Di sini ;

Isinya emas.
Tanahnya tinggi.
Lantainya tropika.

Garisnya,
Khatulistiwa.

Titik letaknya,
Wasotiah.

Tempat sirnanya,
Bulan dan bintang.

Kerana "Ihsan" itu,
Ada di sini.

Kerana ihsan juga;

Daulat negerinya,
Adanya Raja.

Doanya Nabi Nuh,
Kepada Yafeits.

Negerinya Lemuria,
Bukan Atlantis.

Dari Jawi,
Hingga ke Jawa.

Empat kutub,
Sentiasa jaga.

Adanya di sini,
Itulah ihsan.

Tetapi ;

Jangan hingga,
Bongkaknya diri.

Enam punca indera,
Dipelihara dan dijaga.

Salah satunya silap,
Mengundang bencana.

Itulah bencana,
Akhir zaman.


#MONOLOG [BerdialogDenganHati]


12.12 am
Tue, 02 Oct 2018
KSL Resort Johor Bahru

#DiSini
#MONOLOGz
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
#PrayForPaluSulawesi






No comments:

Post a Comment